Tuesday 27 December 2011

Final Exam .






Wah ! minggu depan start final exam dah .okay, aku da start takut. nampak tak paper aku bederet disitu ? bagus kan orang yang arranged jadual ni? thanks ya kepada sesiapa yang berkenaan. :( nampaknya, memang kena gunakan 'study week' dengan sebaik baiknya la ni. banyak plak mau di baca tu. tapi dakpa la, abis awal bole balik awal. yippiee !

:)


Sunday 25 December 2011

CARA PEMAKAIAN CINCIN MENURUT ISLAM


Nasihat Nabi Muhammad S.A.W. kepada Saidina Ali, sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan baginda, Nabi
Muhammad S.A.W. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari;
1) jari manis
2) jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari;
1) jari tengah
2) jari telunjuk

Baginda melarang memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah kerana ianya meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

** Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: Saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W... Senang² je kita boleh dapat pahala.


Sampaikanlah walaupun sepotong ayat;

Suryaevasusantimokhtar:)

Saturday 24 December 2011

sem TIGA

       Alhamdulillah, pejam celik pejam celik tinggal satu kelas jak lagi untuk sem ni. Alhamdulillah bukan untuk kelas dakda sudah, tapi sebenarnya bersyukur sebab masih diberi peluang untuk berada di muka bumi ini sehingga ke hari ini. Tiba tiba macam teringin mau masuk kelas plak ba. terutama kelas finance. tutorial ya, bukan lecture. eh lecture pun best gak la sebab sepanjang 2 jam tu aku bole main sudoku. hehe
    
      Sem tiga ni jarang jugak la keluar dari bilik pegi melepak macam sem sem lepas. Bilik aras tiga, rasa malas plak mau turun.bukan apa ,nak naik tu yang penat. lagipun budak kelas yang lelaki pindah ke Sri Cemerlang. sebab selalu lepak ngan dorang la , main game semua. best la dulu dulu. Start sem ni pun suda dak seberapa rapat macam dulu. masing masig buat hal sendiri. kalau dulu ujung minggu mesti  berbasikal ramai ramai pegi pantai pak mat tapi sekarang mau sentuh basikal pun susah. macam macam la berubah sem ni. harap harap sem akan datang lebih baik dari sem ni la. macam dak best rasanya duk teperap di bilik jak.


       Kalau kelas plak, Sem ni macam belajar dak belajar jak rasanya. kelas pun dak banyak dalam seminggu tu.belum lagi kalau lecturer pegi kursus ka apa. banyak sangat rehat dari belajar.disebabkan banyak rehat jugak la kami bole pegi jalan jalan pegi tengok negeri orang. *kalau la tawau tu dekat, setiap minggu kali aku pulang rumah.Macam macam pengalaman la di sem ni. buruk baik semua ada. tapi pengalaman yang paling best dapat belajar masak. yala , sebelum ni ak memang kurang sikit bab masak memasak ni. tapi sekarang ni bukan mau cakap pandai la , cuma boleh la masak dari sebelum ni. hehe, dak sabar mau balek rumah dan masak untuk nenek ku. mesti dia terkejut tu :) *nek tunggu yaa, insyaAllah dak sampai sebulan lagi ak pulang :))

ish ! suda rya !, study dulu baa. dak lama exam ni. utamakan yang utama dulu ! lepas tu baru bercuti cuti malaysia . daaaa :)





   

Saturday 10 December 2011

kau teman kau sahabat

suda hampir 8 bulan kau pergi tinggalkan kami semua ika. dan selama itu jugak aku dak pernah lupakan kau. senyuman manis dan gelak tawamu masih segar dalam ingatan kami semua. kau salah seorang kawan yang paling tabah. yang paling kuat pernah aku kenal. aku rindu mau lepak makan dan jalan sama-sama. hingga ke hari ini rasa terkilan sebab dak dapat melihatmu buat kali yang terakhir masih ada. Hari ini , 10 Disember 2011 merupakan ulang tahun kelahiran mu yang ke-21 ika. Selamat Hari Lahir. hanya doa yang dapat ku titipkan buatmu sahabatku. semoga kau tenang di sana. Al-fatihah.

Monday 5 December 2011

10 Muharram 1433 H:)

10 Muharram hari bagi sesetengah kaum bugis adalah hari untuk membeli baldi, gayung, penyapu, pisau dapur dan sebagainya..
kononnya, barang yang di beli pada 10 muharram adalah bagus dan tahan lama.
Mesti esok ramai yang pegi beli barang ni. terutamanya di tawau. hehe
*aduhh..tiba tiba rindu mau teman nenek ku pegi beli barang ba :(

Friday 2 December 2011

Rindu Beliau :'(

Hari ni tiba tiba teringat ngan dia. Ya, dia. Dia yang sangat bermakna dalam hidupku. Dia yang selama ini menjaga dan sayang aku macam menatang minyak yang penuh. Dia yang sehingga kini masih mengaggap ku macam anak kecil yang belum matang. Dia yang sentiasa memenuhi segala keperluan ku sehari hari. Dia yang sentiasa bekerja keras mencari rezeki untuk memberiku makan pakai dan sebagainya. Dia yang sentiasa risau akan kesihatan dan keberadaan ku. Dia yang akan menelefon ku dua tiga kali setiap hari, Dia yang selalu beri nasihat agar aku jadi anak yang baik, yang solehah. Dia yang sentiasa mengharap dan mendoakan kejayaanku.yaa, aku sayang dia. sayanggg sangat. oh  En Mokhtar Bin Mansur, do take care yourself ya pak! drive safely. Sorry for the bad things that i have done. i do love you pak ! :'(




#suryaevasusantimokhtar :)